Pembangunan dan sejarah Valorant

Pembangunan Valorant telah bermula pada 2014 oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat. Buah fikiran konsep permainan video ini disumbang oleh pengarah Valorant, Joe Ziegler.

Valorant pada pertama kalinya diumumkan pada Oktober 2019 sebagai Project A. Pada 1 Mac 2020, Valorant diumumkan secara rasmi melalui sebuah video yang menunjukkan gaya permainan di YouTube. Mod beta tertutup permainan video ini dilancarkan pada 7 April 2020. Dalam mod ini, golongan yang berminat perlu menonton video siaran langsung oleh pemain-pemain masyhur yang dipilih pihak Riot Games untuk mendapat peluang akses kepada permainan video tersebut.[4] Valorant dilancarkan secara sepenuhnya pada 2 Jun 2020.